Microsoft Excel (Basic)

17 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas basic Microsoft Excel. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta supaya dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Excel. Dalam kelas tersebut juga mereka diberi bimbingan untuk menaip nama sendiri menggunakan kreatif masing-masing. Selain itu juga, mereka mempelajari bagaimana cara untuk menukar warna dan menghias nama mengikut cita rasa masing-masing. Dengan adanya Microsoft Excel, mereka dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang basic Excel. Oleh itu, mereka dapat menulis nama mereka mengikut kreativiti masing-masing dengan sangat menarik dan cepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali